mardau
3 minggu yang lepas
Budaya Lama yang patut dikekalkan...

Salam semua,


Banyak budaya lama yang kita dah tak/jarang buat

Tak tau la asbab perkara itu tidak diamalkan lagi. Mungkin tidak ada yang ajar atau takut kena gelak atau ........? 🤔




contoh :

1) Bila lalu depan orang tua, yg muda patut tunduk sambil berlalu. Jarang nampak sekarang. Tengok sekarang main langgar jer...kalau ada pun dibuat sebagai bahan gurauan.



benda elok, tak salah diteruskan.......


ada nak tambah? 😊

Marni
2 minggu yang lepas

Saya tambah, budaya hormat tetamu..


Apabila ayah atau ibu menerima tetamu, anak-anak biasanya buat tak tahu. Sebaiknya anak-anak diajar bersalam dan menegur-sapa tetamu sebagai tanda hormat. Hanya bersalam dan menegur-sapa sahaja, bukan duduk sembang sekali. Selepas bersalam, anak-anak perlu beredar dan memberi laluan kepada ibu bapa melayan tetamu mereka.

mardau
seminggu yang lepas

Kalau dulu bila anak2 stay, mesti akan rasa kena cubit sebab menyibuk dengar org2 tua bersembang 😅