Marni
2 minggu yang lepas
Pilihan Graduan: bekerja atau sambung belajar?

Salam,


Ramai dalam kalangan mahasiswa saya berhadapan dengan dilema sama ada mahu bekerja atau menyambung pengajian ke peringkat Sarjana/Masters selepas tamat Ijazah. Hakikatnya, bukan semua orang perlu menyambung pengajian dan bukan semua bidang kerjaya memerlukan kelulusan Sarjana/Masters mahu pun PhD. Kebijaksanaan tidak diukur melalui kelulusan di atas kertas.


Berikut saya sertakan beberapa soalan sebagai garis panduan membuat pilihan. Cubalah tuan/puan jawab soalan-soalan ini. Semoga dibukakan jalan dipermudahkan membuat keputusan.


Sebarang pertanyaan lanjut, boleh diusulkan dalam bahagian komen/balas.


1. Apakah niat utama tuan/puan mahu melanjutkan pengajian?


2. Adakah tuan/puan terikat dengan sebarang ikatan perjanjian tajaan (scholarship) di peringkat Ijazah?


3. Adakah tuan/puan mendapat tawaran biasiswa/pinjaman untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana/Masters?


4. Adakah tuan/puan dan keluarga akan berhadapan dengan masalah kewangan sekiranya tuan/puan tidak bekerja untuk tempoh sekurang-kurangnya satu (1) tahun?


5. Dalam bidang apakah impian kerjaya tuan/puan untuk tempoh 5 tahun akan datang?


6. Sekiranya tuan/puan sudah bekerja sekarang dan ingin menyambung pengajian, adakah bidang kerjaya tuan/puan sekarang memerlukan kelayakan Sarjana/Masters atau PhD?


7. Bidang apakah yang akan menjadi pilihan tuan/puan ketika menyambung pengajian nanti?


8. Adakah tuan/puan sudah memiliki cadangan universiti tempat tuan/puan mahu menyambung pengajian?


9. Adakah tuan/puan sudah ada calon pakar bidang yang akan tuan/puan pilih sebagai Penyelia/supervisor ketika melanjutkan pengajian?


Sekiranya tuan/puan sudah ada jawapan untuk semua soalan di atas, bermaksud tuan/puan sudah ada pilihan sama ada perlu bekerja atau mahu menyambung pengajian. 


Barangkali boleh kita berkongsi pandangan?